Friday 17 May 2013

SEMPERNA FINAL EXAM MAAF DIPINTA

salam kawan yg ada di DALM BLOG atau di luar blog minta ampun dan maaf kalau dah lama tak update status kat blog. eerrmm. kita minta maaf tau kalau kalau selama kita kenal ini ada terkurang bahasa, tersama entry dengan awak semua ke kikikik dan lain lain.

dah nak final exam 20 mei hingga 27 mei ni, dan saya minta kawan doakan saya untuk exam final semester nih. saya tak mau duduk lama lama lagi dekat kolej ni. sempena final exam ni mungkin kita akan jarang beronline dan bermuka buku. focus focus ceh!!!

btw please doakan untuk saya semoga dipermudahkan segala urusan ketika menjawab final exam
>___________<

terima kasih kawan-kawan

doakan kejayaan saya

IJAB DAN KABUL


Seandainya cerita yang tersebar luas di antara Maya Karin dan suaminya serta penyebab yang di kaitkan Remy Ishak adalah benar ini amat memalukan kita semua sebagai orang melayu dan beragama Islam. Terbaca article yang tersiar di The Star mengenai kenyataan yang di keluarkan oleh suami Maya sendiri dan betapa malunya juga saya ketika terbaca kata-kata orang lain di blog “gossip”. “Membuka pekung di dada” tentang rumahtangga dan perkahwinan yang pada masa dahulu atas dasar cinta untuk di ketahui umum adalah mengaibkan segala. Benar atau tidak hanya mereka yang berkenaan sahaja yang mengetahui tapi apabila di siarkan pada khalayak ramai sedikit sebanyak pasti ada yang ingin mengetahui lebih lagi dan seandainya yang lebih itu tidak dapat di ketahui segala rumusan akan di buat dengan tafsiran tersendiri. Pastinya orang yang terkena tidak akan berdiam diri terlalu lama dan kali ini suami Maya Karin tampil bersuara bagi pihak diri.
Tertanya-tanya pada diri sendiri apakah erti pernikahan dan perkahwinan di kalangan artis kita sekarang? Tiada jodoh, tidak sehaluan, orang ketiga adalah di antara sebab musabab yang sering di perkatakan. Sewaktu bercinta bagai nak rak lupa segala tentang hakikat kehidupan yang kita ini manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang kita ada. Indahnya ijab dan kabul tidak ada kesan sewaktu di akad nikahkan (saya letakan syarat-syarat ijab dan kabul di bawah ini) sebagai peringatan kita bersama. Apakah hanya kerana mereka selebriti perkahwinan juga seperti menukar pakaian sewaktu di pentas atau di red carpet? Tahukah kamu wahai wanita bahawa beruntungnya kamu bila di temukan jodoh di dunia ini, terlalu banyak dalil yang mengukuhkan perkara ini. Wanita di jadikan semulia-mulia makhluk di sisi Allah tapi malangnya di hari ini kaum wanita yang banyak mencemarkan pemberian agong ini.
Perkahwinan adalah perkongsian jadi pada pandangan saya tidak sehaluan sepatutnya tidak wujud sebagai alasan. Apabila pilihan telah di buat sebagai suami atau isteri kita jadikan sifat faham memahami, toleransi, perbincangan dan kata muafakat adalah segalanya dalam membentuk sebuah rumahtangga. Orang ketiga? Three is a crowd tapi kenapa ada orang ketiga? Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula alam rumahtangga. Pastinya ada perselisihan pendapat dan keinginan yang berbeza tapi apa kaitannya dengan orang ketiga, tidak sehaluan atau sealiran. Benar kita perlukan kawan untuk bercerita tapi perlukah mereka menjadi penyebab runtuhnya rumahtangga dan apakah orang ketiga juga buta mata dan hati sehingga merosakan rumahtangga orang lain. Begitu indah Allah gariskan panduan untuk lelaki dan wanita memilih calon hidup di muka bumi ini namun bila “cinta” menguasai segala kita lupa pada hakikat kehidupan dan mulalah mengatakan cinta itu buta walaupun yang buta sebenarnya adalah kita manusia. Memang benar mudah untuk orang mengata dan bercerita kerana “berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul” tapi andaikata kita duduk renung sejenak lihat sekeliling kita dan bertanya kenapa orang mengata dan bercerita? Kita adalah penyebabnya dan orang-orang di sekeliling kitapun bukanlah malaikat namun di manakah maruah dan harga diri kita sendiri dalam hal ini. Kerja wartawan memang suka mencungkil sana-sini kerana itu adalah periuk nasi mereka tapi adakah “cheap publisiti” yang sebegini membantu menaikan nama selebriti ini atau sekadar memenuhi ruang hiburan di majalah dan akhbar.
Walaupun bukan peminat cerita dan drama Melayu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Remy Ishak dan Tiz Zaqyah kerana memulakan perjalanan hidup saya sebagai blogger dan kerana itu sedaya upaya saya mencari idea dan cerita yang bahagia dan menggembirakan. Terlalu banyak kekejaman dalam dunia ini dan perkara-perkara yang menyedihkan tapi saya juga tidak dapat lari dari menulis hal-hal semasa kerana dalam masa yang sama saya mengingatkan diri apakah perkara yang berlaku di sekeliling saya patut di ambil ikhtibar atau di ketepikan begitu saja. Dunia penulisan amat indah di mana segala rasa dapat di curah begitu juga penelitian yang di buat ketika menulis dan besarlah harapan saya semuga dapat melihat kejadian yang berlaku di sekeliling saya dengan mata hati serta belajar menginsafi diri.
Note : Sebagai renungan bersama dalam melayari kehidupan semuga ia dapat membantu kita seterusnya. Terima kasih..Sanaa
Pemilihan calon suami
a. Menerangkan ciri-ciri bakal suami dan isteri
¨ Berharta
¨ Berketurunan baik
¨ Cantik
¨ Beragama
b. Menghurai perempuan yang haram dikahwini
i. Haram selama-lamanya, ada 3 faktor / sebab utama :
· Faktor keturunan. Contoh :
1) Ibu, nenek dan ke atas
2) Anak, cucu, cicit dan ke bawah
3) Adik beradik perempuan seibu sebapa
4) Adik beradik perempuan seibu
5) Adik beradik perempuan sebapa
6) Emak saudara sebelah bapa
7) Emak saudara sebelah ibu
8) Anak saudara dari adik beradik perempuan dan ke bawah
9) Anak saudara dari adik beradik lelaki dan ke bawah
· Faktor penyusuan. Contoh :
1) Ibu susuan
2) Adik beradik ibu susuan
3) Adik beradik susuan
4) Anak saudara ibu susuan
5) Ibu mentua susuan
· Faktor musaharah / persemendaan. Contoh :
1) Ibu mentua dan ke atas
2) Ibu tiri dan ke atas sama ada telah disetubuhi atau tidak
3) Anak tiri (jika ibunya telah disetubuhi)
4) Menantu perempuan dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada telah disetubuhi atau tidak
ii. Haram buat sementara waktu
· Perempuan yang ditalak tiga
· Isteri orang
· Perempuan yang masih dalam idah
· Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan
· Perempuan yang tidak beragama samawi
· Mengumpul isteri dengan mahramnya seperti adik beradiknya atau anak saudaranya dalam satu masa
· Perempuan yang hendak dijadikan isteri kelimanya sedangkan ia sedang memiliki 4 orang isteri
Peminangan dan batas-batas pergaulan
a. Merisik
§ Maksud: langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dihendaki oleh seseorang
§ Islam mengharuskan seseorang lelaki dan perempuan melihat bakal tunangnya
b. Meminang
§ Maksud: lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya
§ Konsep :
- Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri
- Boleh dilakukan dengan lafaz terang atau kiasan
- Biasanya pihak lelaki memberikan hadiah kepada pihak perempuan ( ia tidak bertentangan dengan ajaran islam, asalkan tidak berlaku pembaziran atau ada unsur maksiat )
c. Batas pergaulan dalam tempoh pertunangan :
§ Masih seperti orang asing / ajnabi
§ Diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram
Rukun-rukun nikah
1. Bakal suami
2. Bakal isteri
3. Wali;
·Syarat wali;
i. Islam
ii. Berakal
iii. Adil
iv. Bukan dalam ihram
v. Baligh
vi. Lelaki
vii. Dengan rela sendiri
· Jenis-jenis wali ;
i. Wali nasab ( keturunan )
a. Wali mujbir
b. Wali bukan mujbir
ii. Wali hakim
- Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya
· Susunan wali ;
È Bapa (wali mujbir)
È Datuk sebelah bapa (wali mujbir)
È Adik beradik lelaki seibu sebapa
È Adik beradik lelaki sebapa
È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke bawah
È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa dan ke bawah
È Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas
È Bapa saudara dari sebelah bapa
È Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu)
È Anak lelaki dari bapa saudara pihak bapa (sepupu)
È Raja (wali hakim)
· Syarat perkahwinan dari wali mujbir;
i. anak dan bapa tidak bermusuhan
ii. bakal suami sekufu dengan anaknya
iii. mas kahwinnya tidak kurang dari mas kahwin adik-beradik perempuannya
iv. bakal suami anaknya mampu membayar mas kahwin
v. bakal suami anaknya mampu menanggung keperluan hidup / tidak mendatangkan mudarat
· Sebab yang mengharuskan perpindahan wali nasab kepada wali hakim
i. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan
ii. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati
iii. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah
iv. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
v. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah
vi. Wali mnyembunyikan diri
vii. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan
viii. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya
ix. Wali enggan mewalikan perempuan itu
4. 2 orang saksi;
· Syarat saksi;
i. Baligh
ii. Adil
iii. Berakal
iv. Merdeka
v. Sempurna penglihatan & pendengaran
5. Lafaz ijab dan kabul;
· Syarat lafaz ijab;
· Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
· Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis
· Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran
· Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi
· Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul
· Ditentukan / disebutkan nama pengantin perempuan
· Syarat lafaz kabul;
· Tidak menyalahi ijab
· Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
· Menyebut nama bakal isteri atau banti namanya
· Dalam satu majlis
· Ucapan kabul selepas ijab
· Tidak diselangi dengan apa-apa ucapan atau diam yang lama
· Bahasa yang jelas dan mudah difahami
· Tidak dengan lafaz taklik
Mahar
a. Maksud mahar :
· Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah
b. Hukum nahar :
· wajib
c. Jenis nahar :
· Mahar musamma:
- Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
· Mahar misil :
- Mahar yang ditentukan kadaarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri
d. Kadar mahar:
· Islam tidak menetapkan kadar mahar
· Ia bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal suami dan isteri
· Kedudukan isteri dan suami diambil kira sebagai asas penentuan
e. Hikmah kadar mahar tidak ditetapkan oleh islam:
· Membolehkan pihak suami dan isteri berbincang mengenai kadar yang sesuai dan berpatutan
· Islam tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan perkara yang diluar kemampuan dan taraf umatnya
· Islam mahu umatnya mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing
f. Syarat mahar :
· Ulamak mazhab syafie dan hanbali berpendapat bahawa semua barang atau manfaat yang boelh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar
· harta yang bernilai
· bukan harta yang dirampas
· bersih dan halal
· kadar dan jenis disebut dengan jelas
g. Hikmah diwajibkan mahar :
· Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama
· Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga
· Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri
· Memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita
Walimatul urus
a. Maksud walimatul urus :
· kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan
b. Hukum walimatul urus :
· Sunat muakkad
c. Adab walimatul urus :
· Diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai
· Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri
· Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara tepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas
d. Hikmah walimatul urus :
· Melahirkan rasa kesyukuran kepada allah kerana dapat membina rumahtangga
· Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan
· Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin
· Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah

Thursday 16 May 2013

Rahsia jadi isteri solehah

Bagaimana  mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit. 

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu. 

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah. 

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Sunday 13 November 2011

ISI TEMPAT KOSONG UNTUK DIRI ANDA

Terima kasih kerana ___________ saya> 


A)lukakan aty


B)sakitkan aty


C)mempermainkan


D)patahkan aty


E)curang dengan

F)mainkan perasaan


G)menghina


H)menipu


I)tidak jujur dengan


J)tidak mencintai 


K)menerima


L)mencintai


Monday 31 October 2011

SECANTIK2 WANITA ADALAH WANITA SOLEHAH

KEISTEMEWAAN WANITA

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 

Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan: 

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya. 

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya." 

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. 

RAHSIA WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa